awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
19/01/2025
06:16 MYT
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia untuk syarikat UK. - Foto Akaun X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.
"Sehubungan itu, sayanglah kalau syarikat UK tidak memanfaatkan peluang terbentang ini untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia dan ASEAN," katanya menerusi satu ciapan di laman X beliau pada Ahad.
Tengku Zafrul merupakan antara Menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke UK yang berakhir semalam.
Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024 dan menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam berbuat demikian manakala UK menyertainya pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#gerbang Asia Tenggara
#United Kingdom
#CPTPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan