awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak mampu untuk tarik diri daripada CPTPP - MCMTC

Bernama
Bernama
04/12/2022
05:56 MYT
Malaysia tidak mampu untuk tarik diri daripada CPTPP - MCMTC
MCMTC berkata, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu untuk menarik diri daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berikutan perjanjian itu penting untuk perdagangan negara pada masa depan.
Menurut Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), bukan seperti perjanjian perdagangan lain, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan.
"MCMTC bersama dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menentang gesaan daripada pihak tertentu yang menggesa kerajaan menarik diri daripada CPTPP yang telah lama ditunggu, yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2022," kata Presiden Callum Chen dalam kenyataan hari ini.
Katanya kelewatan dalam meratifikasi telah menyebabkan Malaysia kehilangan kelebihan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), apabila Vietnam, yang telah menandatangani lebih awal pada Januari 2019, telah menjadi batu loncatan kepada Kanada ke pasaran ASEAN melalui CPTPP.
"Banyak telah diperkatakan mengenai kos berbanding faedah CPTPP. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dari segi jumlah penduduk dan keluasan tanah tetapi dari segi perdagangan, kita berada di kedudukan ke-25 di dunia.
"Kita telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CPTPP
#tarik diri
#MCMTC
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan