awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank lantik CEO Kumpulan baharu bagi perbankan kewangan komuniti

Bernama
Bernama
14/05/2018
10:44 MYT
Maybank lantik CEO Kumpulan baharu bagi perbankan kewangan komuniti
Maybank berkata Chong, yang kini merupakan CEO Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dan Maybank Kim Eng Group (MKE), akan menggantikan Datuk Lim Hong Tat.
Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Datuk John Chong Eng Chuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan bagi Perkhidmatan Kewangan Komuniti berkuat kuasa 18 Julai, 2018.
Dalam kenyataan hari ini, Maybank berkata Chong, yang kini merupakan CEO Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dan Maybank Kim Eng Group (MKE), akan menggantikan Datuk Lim Hong Tat yang bersara dari bank itu berkuat kuasa tarikh yang sama.
"Maybank sedang dalam proses mengenal pasti calon pengganti yang sesuai untuk jawatan CEO Maybank IB dan MKE, pada masa sama Chong akan terus menerajui Maybank IB dan MKE sehingga dimaklumkan kelak," menurut kenyataan itu.
Pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat sebaik sahaja kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan telah diperolehi, menurut kenyataan tersebut.
Chong menyertai Maybank IB (sebelum ini dikenali sebagai Aseambankers Malaysia Bhd) sebagai pegawai di jabatan perbankan pada Mac 1993 dan mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam perbankan pelaburan dengan syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#bisnes
#john chong eng chuan
#Maybank
#perbankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan