awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir

Khalis Khadir
Khalis Khadir
30/11/2024
10:50 MYT
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank turut menawarkan pengecualian yuran dan caj bagi perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.
Menerusi kenyataan pada Sabtu, kumpulan perbankan itu memaklumkan, bantuan itu merangkumi penangguhan bayaran pembiayaan dan pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Pelanggan boleh memohon Bantuan Kewangan Banjir melalui dua saluran iaitu emel ke [email protected] dengan menyertakan beberapa butiran yang boleh disemak melalui pautan www.maybank2u.com.my.
Selain itu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan Maybank atau berhubung dengan Pusat Perbankan Komersial atau Pusat Pembiayaan Auto di seluruh negara.
Bagi pelanggan PKS, mereka digalakkan untuk menghubungi pengurus perhubungan untuk sebarang bantuan.
Maybank turut menawarkan pengecualian yuran dan caj bagi perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir.
Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah kepada pemegang polisi insurans dan sijil takafulnya tanpa memerlukan borang atau dokumen sokongan.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Maybank
#bantuan banjir
#PKS
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan