awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCBA gesa perniagaan Malaysia rebut peluang pasaran Kemboja di sebalik gangguan bekalan

Bernama
Bernama
13/08/2025
02:10 MYT
MCBA gesa perniagaan Malaysia rebut peluang pasaran Kemboja di sebalik gangguan bekalan
Yaw berkata walaupun terdapat konflik, asas pasaran Kemboja kekal kukuh dengan potensi pertumbuhan yang cerah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa perniagaan Malaysia merebut peluang baharu di Kemboja berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan oleh situasi sempadan Kemboja-Thailand baru-baru ini.
MCBA berkata walaupun mencapai gencatan senjata, pengangkutan untuk penghantaran produk Thailand tertentu telah terganggu, rantaian bekalan ke Kemboja sama ada bergerak perlahan dengan ketara atau terhenti.
"Walaupun perkembangan ini telah mengganggu rantaian bekalan pasaran Kemboja, ia juga telah mewujudkan peluang pasaran baharu untuk komuniti perniagaan Malaysia.
"Kemboja kini mengalami kekurangan dalam barangan pengguna tertentu, produk makanan dan bahan mentah industri dan Malaysia mempunyai kelebihan jelas dari segi kualiti, harga dan kestabilan bekalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persatuan itu berkata semasa situasi seperti ini, sesetengah pelabur Thailand mungkin memilih untuk menarik diri daripada pasaran Kemboja seterusnya memberi peluang kepada perusahaan Malaysia.
Presiden MCBA Datuk Seri Ricky Yaw berkata walaupun terdapat konflik, asas pasaran Kemboja kekal kukuh dengan potensi pertumbuhan yang cerah.
"Perusahaan Malaysia dengan rantaian bekalan fleksibel mereka, liputan industri luas dan keupayaan respons pantas, berada pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang ini dan memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran serantau," katanya.
Beliau menggesa syarikat dan usahawan Malaysia untuk mengambil peluang daripada pasaran Kemboja ini dengan segera dan mengambil langkah proaktif dengan menawarkan bekalan alternatif dan mengisi jurang pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perniagaan malaysia
#pasaran Kemboja
#MCBA
#Ricky Yaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan