awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2026
05:09 MYT
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu memutuskan bahawa prosiding komital terhadap Mohd Shafie ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. - Foto Sinar Harian
Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu memutuskan bahawa prosiding komital terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Prosiding komital itu berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shafie berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues berkenaan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pihak responden berhubung isu forum dan bidang kuasa.
Berhubung bantahan pertama yang mempersoalkan perintah kebenaran memulakan prosiding komital kerana dikeluarkan atas nama Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan bukannya Mahkamah Koroner Papar, mahkamah memutuskan bahawa perkara itu merupakan kesilapan teknikal dan tidak menjejaskan kesahihan prosiding.
Bagaimanapun, berhubung isu bidang kuasa, mahkamah berpendapat bahawa memandangkan prosiding komital mempunyai implikasi hukuman adalah wajar ia ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman yang difailkan bagi menentukan isu berkaitan pemakaian undang-undang terhadap prosiding inkues tersebut.
Mahkamah turut menegaskan bahawa penangguhan itu hanya melibatkan prosiding komital dan tidak terpakai kepada inkues kematian Zara Qairina yang masih diteruskan.
Mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk pihak-pihak mengemas kini status semakan kehakiman berkenaan menerusi aplikasi Zoom manakala kehadiran Mohd Shafie bagi tarikh tersebut dikecualikan.
Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan (Warisan) diwakili pasukan peguamnya yangg terdiri daripada Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.
Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dalam satu ucapan di Sandakan pada tahun lalu menyifatkan kematian remaja itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah menengah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Inkues dijalankan bagi mengetahui punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu yang berlangsung sejak 3 September 2025 dan ketika ini masih diteruskan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#inkues
#Shafie Apdal
#prosiding komital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan