awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Megat Jalaluddin dilantik sebagai Presiden dan CEO TNB berkuat kuasa 1 Mac 2024

Dagang News
Dagang News
15/12/2023
00:20 MYT
Megat Jalaluddin dilantik sebagai Presiden dan CEO TNB berkuat kuasa 1 Mac 2024
Megat Jalaluddin mula menyertai TNB pada 2006, kemudiannya ke Celcom pada 2008, sebelum kembali ke syarikat utiliti itu pada 2009. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik ketua pegawai operasinya, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutifnya yang seterusnya, menggantikan Datuk Seri Baharin Din, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat pada 29 Februari 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pelantikan Megat Jalaluddin oleh Menteri Kewangan (Inc) pemegang saham khas TNB akan berkuat kuasa 1 Mac tahun depan, untuk tempoh dua tahun sehingga 29 Februari 2026.
Megat Jalaluddin, 58, mula menyertai TNB pada 2006, kemudiannya ke Celcom pada 2008, sebelum kembali ke syarikat utiliti itu pada 2009.
"Megat Jalaluddin membina kerjayanya di TNB, yang mana beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kejuruteraan dan pengurusan dalam syarikat itu, termasuk perancangan perniagaan dan strategik, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, penambahbaikan proses perniagaan, perkhidmatan pemeteran dan perkhidmatan kejuruteraan.
"Lembaga Pengarah TNB ingin merakamkan penghargaan kepada Baharin atas sumbangan beliau kepada syarikat," katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#CEO TNB
#Megat Jalaluddin Megat Hassan
#Baharin Din
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan