awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh

Bernama
Bernama
27/02/2025
02:10 MYT
Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan dan pelaburan rentas sempadan, kata Kementerian Kewangan. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.
Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu, Kementerian Kewangan (MoF) berkata, langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.
"Peningkatan penggunaan mata wang tempatan dalam (usaha) penyelesaian perdagangan serantau menunjukkan tahap kesedaran dan permintaan yang semakin kukuh.
"Namun, kebebasan untuk memilih mata wang penyelesaian itu tertakluk kepada keputusan komersial syarikat perdagangan," katanya.
Ini sebagai menjawab pertanyaan Oscar Ling Chan Yew (PH-Sibu) mengenai usaha Malaysia dalam mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) serta penilaian terhadap keberkesanan setiap usaha berkenaan.
MoF berkata, kerajaan dan BNM telah mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan dan pelaburan rentas sempadan.
Objektif utama langkah-langkah ini adalah untuk membolehkan pengurusan pendedahan kepada risiko pertukaran asing yang lebih cekap, sekali gus mengukuhkan daya tahan ekonomi terhadap faktor luaran.
Selain itu, kerajaan dan BNM juga telah meneroka peluang kerjasama dalam penyelesaian mata wang tempatan dengan negara-negara strategik seperti China sejak 2009, Thailand sejak 2016 dan Indonesia sejak 2017 yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi.
"Inisiatif sebegini berpotensi meningkatkan tahap kecekapan dan kecairan pasaran mata wang tempatan dan secara langsung boleh membawa kepada manfaat dua hala kepada ekonomi-ekonomi serantau," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#pelaburan
#mata wang tempatan
#perdagangan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan