awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023

Bernama
Bernama
02/04/2024
06:40 MYT
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Chin Tong berkata pendekatan keseluruhan kerajaan yang diambil telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pelaburan teknologi hijau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata pendekatan keseluruhan kerajaan yang diambil telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pelaburan teknologi hijau.
"Hal ini jelas menunjukkan prospek Malaysia dalam pelaburan teknologi hijau. Dimaklumkan juga bahawa majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan adalah bagi segmen projek solar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini pelan strategik kerajaan untuk meningkatkan pelaburan teknologi hijau.
Chin Tong berkata kerajaan juga telah menambah baik Insentif Teknologi Hijau melalui pendekatan berperingkat untuk menggalakkan lagi pelaburan dalam teknologi hijau.
Menurut beliau, insentif tersebut kini meliputi aktiviti pelaburan hijau yang lebih meluas, termasuk hidrogen hijau, stesen pengecasan kenderaan elektrik dan tenaga angin.
"Penambahbaikan ini bertujuan merangsang pelaburan syarikat baharu dan sedia ada bagi mendorong pencapaian negara neutral karbon menjelang 2050," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIDA
#projek teknologi hijau
#Liew Chin Tong
#peruntukan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan