awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
10/02/2026
18:32 MYT
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Seorang pengundi membawa anaknya semasa mengundi dalam Pilihan raya Thailand yang berlangsung pada 8 Februari lalu. - foto/REUTERS/Patipat Janthong
Pilihan raya umum Thailand yang berlangsung pada minggu lalu mendedahkan penjajaran baharu elit konservatif terhadap penguasaan politik tempatan.
Pengarah Institut Pengajian Asia Timur Universiti Thammasat Bangkok, Chaiwat Meesantan berkata dalam pusingan pilihan raya kali i ni rejim politik lama mengambil pendekatan untuk mempengaruhi rundingan pembentukan kerajaan di belakang tabir.
“(Senario politik semasa) Bukan lagi politik lama, tetapi politik lama dalam baju baharu. Sebelum ini politik bergantung kuat kepada kudeta, parti tentera dan parlimen yang lemah.
“Tetapi kini, strategi (yang digunakan) lebih lembut apabila parti popular memungut undi melalui dasar populis, kemudian kumpulan elit merundingkan pembahagian kuasa di belakang tabir,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Susulan pilihan raya umum pada Ahad, keputusan awal menunjukkan tiada parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah dalam parlimen untuk membentuk kerajaan.
Setakat Selasa, Parti Bhumjaithai pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mendahului dengan 174 daripada 400 kerusi kawasan parlimen, berdasarkan 94 peratus undi yang telah dikira.
Ia diikuti oleh Parti Rakyat yang berhaluan progresif dengan 87 kerusi, Parti Pheu Thai (58), Parti Klatham (56), dan Parti Demokrat (10).
Dengan Bhumjaithai muncul sebagai peneraju utama namun masih kekurangan majoriti, tumpuan kini beralih kepada langkah seterusnya oleh Anutin bagi mengadakan rundingan untuk membentuk kerajaan gabungan.
Untuk perbandingan dengan pilihan raya pada tahun 2023, Bumjaithai memenangi 51 kerusi secara keseluruhan. Manakala, Pheu Thai (136) dan parti Move Forward; yang merupakan parti asal sebelum dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan pada 2024, dan kemudiannya ditubuhkan semula atas nama Parti Rakyat, menang 151 kerusi.
Parti pro-tentera, Palang Pracharath yang dipimpin bekas tentera, Prawit Wongsuwon pula hanya menang 5 kerusi dalam pilihan raya 2026, berbanding 40 kerusi pada 2023 dan 116 kerusi pada 2019.

[LANGSUNG] #AgendaAWANI | Rundingan pembentukan kerajaan baharu Thailand | 10 Februari 2026

Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Anutin Charnvirakul
#pilihan raya umum
#Thailand
#parti bhumjaithai
#Pheu Thai
#Palang Pracharath
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan