awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu

Dagang News
Dagang News
02/02/2023
03:20 MYT
MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu
Rancangan pertumbuhan jangka sederhana hingga panjang MISC kekal utuh, sejajar dengan pertumbuhan permintaan untuk LNG pasca wabak dan ketegangan antara Rusia-Ukraine. - Foto DagangNews.com
KUALA LUMPUR: MIDF Research positif terhadap prospek MISC Berhad terutama dengan pertambahan dua kapal pengangkut Gas Asli Cecair (LNG) baharu.
Firma itu berkata, berdasarkan rekod prestasi cemerlang kumpulan itu ditambah permintaan kukuh LNG di peringkat global, kumpulan itu bersedia untuk meneruskan prestasi baiknya dalam industri perkapalan minyak dan gas.
"Kapal pengangkut tambahan itu mengambil kira operasi jangka panjang mereka, kami tidak membuat sebarang perubahan kepada unjuran pendapatan buat masa ini.
"Secara keseluruhannya, kami menyukai MISC kerana rancangan pertumbuhan jangka sederhana hingga panjangnya kekal utuh, sejajar dengan pertumbuhan permintaan untuk LNG pasca wabak dan ketegangan antara Rusia-Ukraine," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, menerima dua kapal pengangkut Gas Asli Cecair (LNG) baharu iaitu Seri Damai dan Seri Daya.
Kapal pengangkut 174,000 meter padu (CBM) itu dilengkapi dengan teknologi pintar dan cekap tenaga yang dibina khusus untuk MISC oleh Samsung Heavy Industries Co., Ltd. (SHI).
Firma itu berkata, pertambahan dua kapal pengangkut itu mencerminkan permulaan 2023 yang kukuh dan merupakan peristiwa penting dalam kerjasamanya dengan SRM, serta perkongsian berterusannya dengan SHI, Eaglestar dan pasukan Aset dan Penyelesaian Gas (GAS).
Katanya, ia juga mewakili satu langkah ke hadapan dalam menyokong masa depan sifar bersih untuk industri LNG.
"Seri Damai dan Seri Daya akan menambah kekuatan armada MISC, yang kini terdiri daripada 31 pengangkut LNG untuk perniagaan gas selain enam Pengangkut Etana (VLEC) dan dua Unit Penyimpanan Terapung (FSU) LNG," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM7.77 sesaham. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MISC
#kapal pengangkut LNG
#MIDF Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan