awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/04/2026
10:14 MYT
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
KKM memaklumkan, pengurusan bekalan turut dilaksanakan secara berhemah melalui pengagihan berasaskan keperluan klinikal dan penggunaan secara rasional. - Gambar Hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) giat memastikan keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan di negara ini dalam mendepani kesan krisis tenaga global terhadap rantaian bekalan dunia, susulan konflik Asia Barat.

Usaha itu dilaksanakan melalui pengukuhan stok penimbal bagi item kritikal, selain mempelbagaikan sumber bekalan serta pemantauan rantaian bekalan secara berterusan bersama pihak industri.

Langkah itu menurut KKM dilaksanakan bagi membolehkan sebarang risiko gangguan dikenal pasti lebih awal dan ditangani secara bersasar.

KKM memaklumkan, pengurusan bekalan turut dilaksanakan secara berhemah melalui pengagihan berasaskan keperluan klinikal dan penggunaan secara rasional.

"Selain itu, pelan rawatan klinikal alternatif turut disediakan, di samping memudah cara proses regulatori bagi memastikan akses berterusan kepada ubat-ubatan," menurut kenyataan KKM di sini pada Khamis.

Menurut KKM lagi, antara langkah lain yang diambil termasuk pelaksanaan Laluan Akses Khas (Special Access Pathway), pengaktifan pelan gerak balas kecemasan, penetapan item kawalan serta perluasan penggunaan e-Labelling bagi peranti perubatan.

Kenyataan itu turut menjelaskan krisis tenaga global ketika ini memberi kesan kepada rantaian bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan, khususnya produk import berisiko tinggi.

"Situasi ini menjejaskan penghantaran serta kestabilan akses kepada beberapa peranti perubatan kritikal, selain memberi tekanan kepada pembekal dalam memenuhi obligasi kontrak," kata kenyataan itu.

Dalam jangka sederhana dan panjang, KKM memaklumkan tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuh daya tahan bekalan, termasuk peralihan penggunaan bahan resin kepada polimer serta pelaksanaan sistem Unique Device Identification (UDI).

"Bagi sektor farmaseutikal pula, pembangunan dasar keterjaminan bekalan ubat melalui inisiatif MyMedSecure, pengukuhan pengeluaran tempatan, pendigitalan rantaian bekalan serta pewujudan stok penimbal strategik nasional turut dirancang," ujarnya.

KKM menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kesihatan tidak terjejas, meskipun berdepan cabaran global yang semakin kompleks.

Topic Berkaitan
#KKM
#konflik Asia Barat
#ubat
#bekalan ubat
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan