awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI akan terus berbincang dengan pihak berkuasa AS berhubung kenaikan tarif eksport solar

Bernama
Bernama
29/10/2024
21:15 MYT
MITI akan terus berbincang dengan pihak berkuasa AS berhubung kenaikan tarif eksport solar
Tengku Zafrul berkata, tarif yang lebih tinggi itu telah menjejaskan banyak barisan pengeluaran syarikat solar di Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu pengilang solar Malaysia dan syarikat berkaitan yang terjejas oleh kenaikan tarif eksport solar Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah Washington itu.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tarif yang lebih tinggi itu telah menjejaskan banyak barisan pengeluaran syarikat solar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pengilang di Thailand, Kemboja dan Vietnam.
"Jadi kami kini membantu syarikat terbabit dengan mendapatkan lebih banyak maklumat dan kemudian mengadakan libat urus dengan Jabatan Perdagangan AS untuk melihat bagaimana kami boleh menyokong syarikat ini," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai Pengerusian ASEAN oleh Malaysia (Tonggak Ekonomi) di kementeriannya, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jabatan Perdagangan AS menaikkan duti peralatan solar yang dieksport oleh Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam, berikutan penemuan awal subsidi kerajaan yang tidak adil yang digunakan untuk menghasilkan peralatan solar dijual oleh syarikat di empat negara tersebut.
Washington merancang untuk menaikkan tarif import AS ke atas sel solar dan panel China daripada 25 peratus kepada 50 peratus, berhubung dakwaan amalan perniagaan China yang tidak adil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#tarif eksport
#solar
#amerika syaerikat
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan