awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia di tempat ke-17 Indeks IP Antarabangsa Dewan Perniagaan AS

Bernama
Bernama
10/02/2016
13:40 MYT
M'sia di tempat ke-17 Indeks IP Antarabangsa Dewan Perniagaan AS
Kemasukan Malaysia ke dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan penerimaan standard Harta Intelek (IP) yang ditetapkan dalam perjanjian itu akan mengukuhkan persekitaran IP nasional Malaysia
Malaysia menduduki tempat ke-17 daripada 30 ekonomi, dengan negara seperti Russia, Brazil, Indonesia dan Thailand di tempat lebih rendah dalam Indeks Harta Intelek Antarabangsa (IIPI) 2016 - Edisi Ke-4 Dewan Perniagaan AS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Perniagaan AS itu berkata, skor keseluruhan IIPI Malaysia telah meningkat kepada 14.78 berbanding 14.62 pada edisi terdahulu indeks berkenaan.
"Bagaimanapun, apabila diukur sebagai peratusan, skor itu kekal sama seperti tahun lepas, iaitu 49 peratus.
"Kemasukan Malaysia ke dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan penerimaan standard Harta Intelek (IP) yang ditetapkan dalam perjanjian itu akan mengukuhkan persekitaran IP nasional Malaysia," katanya.
Dewan Perniagaan AS itu berkata, teks yang telah dipersetujui dalam TPP yang dikeluarkan pada November 2015, mengandungi keperluan jelas yang pihak terbabit menyediakan tempoh minimum lima tahun perlindungan untuk data klinikal yang diserahkan (dengan lapan tahun untuk biologik) sebagai sebahagian daripada permohonan pendaftaran pasaran.
"Penerimaan keperluan terbabit akan mengukuhkan persekitaran IP kerana ia berkaitan sains hayat di Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, Venezuela berada di tempat terakhir daripada 38 ekonomi yang dikaji sementara Amerika Syarikat di tempat pertama.
"Keseluruhannya, separuh daripada 38 ekonomi telah meningkat dalam jumlah skor berbanding indeks tahun lepas, menunjukkan peningkatan pengiktirafan manfaat IP serta sistem IP yang kukuh," katanya.
Tiga puluh lapan ekonomi yang menjadi penanda aras pada Indeks 2016 itu menyumbang hampir 85 peratus keluaran dalam negara kasar global.
Kini dalam tahun keempat berturut-turut, IIPI kekal sebagai penilaian empirik yang unik mengenai keadaan persekitaran IP nasional di dunia.
Topic Berkaitan
#Dewan Perniagaan AS
#IIPI
#Indeks Harta Intelek Antarabangsa
#Perkongsian Trans-Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan