awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OSK positif ke atas tahun kewangan suku keempat AirAsia

Bernama
Bernama
13/02/2013
05:07 MYT
OSK positif ke atas tahun kewangan suku keempat AirAsia
OSK Research Sdn Bhd menjangkakan pendapatan tahun kewangan suku keempat 2012 AirAsia meningkat hasil daripada pertumbuhan Perolehan Kilometer Penumpang (RPK) yang kukuh serta pulangan faktor muatan bermusim serta harga bahan api jet yang tidak berubah.
Dalam nota kajiannya, ia menjangkakan pulangan menyeluruh bagi suku keempat, yang lazimnya merupakan suku paling kukuh, melonjak lima peratus kepada enam peratus setahun kepada antara 21.4 hingga 21.6 sen, dirangsang oleh tambang penerbangan bermusim yang tinggi dan penggunaan khidmat sampingan.
"Kami menjangkakan AirAsia mencatat perolehan sebanyak RM1.48 bilion bagi suku keempat, dan menyumbang perolehan tahun kewangan 2012 kepada RM5.07 bilion.
"Berikutan harga bahan api jet yang secara relatifnya tidak berubah pada suku itu, meningkat hanya 1.7 peratus setahun berbanding suku keempat, pendapatan syarikat bagi tempoh suku keempat, termasuk daripada sekutu bukan ekuiti, mungkin mencecah RM334 juta," katanya.
OSK Research berkata bagi setahun penuh, pendapatan teras AirAsia berpotensi memenuhi unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak RM797.8 juta.
"Kami tidak menjangkakan sebarang peningkatan tinggi kos memandangkan kerugian sekutu Filipina dan Jepun mungkin ditangani oleh sumbangan pendapatan tinggi daripada AirAsia Expedia, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia.
"Penggabungan modal pasaran Asia Aviation dan cabang insurans kumpulan itu, AirAsia didagangkan pada harga 7.4 kali lebih rendah kepada pendapatan berbanding sejarah dan purata saingannya masing-masing sebanyak 10 kali dan 12 kali," katanya.
OSK Research berkata ia mengekalkan saranan beli ke atas AirAsia dengan nilai saksama yang tidak berubah pada RM3.39.
Topic Berkaitan
#air asia
#OSK
#research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan