awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
Iraq tutup pintu sempadan Shalamcheh dengan Iran selepas serangan maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papan kekunci umpama BlackBerry kini ditawar untuk iPhone

Amanz
Amanz
04/07/2024
02:30 MYT
Papan kekunci umpama BlackBerry kini ditawar untuk iPhone
Papan kekunci Clicks ini menawarkan keseluruhan papan kekunci QWERTY untuk iPhone, dan boleh digunakan dengan mudah pada iPhone 14 atau iPhone 15. - Foto Amanz
PADA awal tahun ini, kita telah melihat pengenalan papan kekunci Clicks, sekali gus memberikan pengalaman penggunaan papan kekunci seumpama era BlackBerry, tetapi digunakan pada iPhone.
Kini, selang beberapa bulan, papan kekunci berkenaan ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.
Papan kekunci Clicks ini menawarkan keseluruhan papan kekunci QWERTY untuk iPhone, dan boleh digunakan dengan mudah pada iPhone 14 atau iPhone 15.
Ia dikatakan menawarkan pengalaman papan kekunci yang memuaskan dan tidak memerlukan pengecasan berasingan.
Papan kekunci ini dihubungkan terus kepada iPhone dan menggunakan tenaga daripadanya ketika digunakan.
Bagi anda yang berminat dengannya, boleh melakukan pra-tempahan untuknya pada harga RM669 untuk model iPhone 14, iPhone 15, iPhone 14 Pro, dan iPhone 15 Pro.
Untuk pengguna iPhone 14 Pro Max dan iPhone 15 Pro Max, ia ditawarkan pada harga RM769.
Topic Berkaitan
#iPhone
#BlackBerry
#Clicks
#papan kekunci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan