awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur diingatkan berwaspada promosi saham khusus di media sosial

Bernama
Bernama
29/01/2021
20:29 MYT
Pelabur diingatkan berwaspada promosi saham khusus di media sosial
Mana-mana individu yang didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. - Foto AP
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) menasihatkan para pelabur supaya berwaspada terhadap bilik sembang di media sosial yang cuba mempengaruhi mereka untuk membeli atau menjual saham khusus berdasarkan spekulasi atau khabar angin.
Pengawal selia itu berkata mereka memantau rapi pasaran saham tempatan berikutan kenaikan harga saham terpilih di pasaran Amerika Syarikat (AS) ketika ini, yang didorong oleh bilik sembang media sosial terhadap penjual pendek.
"Pelabur juga harus berwaspada dengan perbincangan di bilik sembang media sosial ini yang boleh mencetuskan pelanggaran undang-undang sekuriti seperti pemberian nasihat pelaburan atau cadangan saham tanpa lesen," demikian menurut kenyataan bersama mereka pada Jumaat.
Mana-mana individu yang didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Menurut pengawal selia itu, dinamik pasaran antara AS dan Malaysia adalah berbeza.
"Di Malaysia, jualan singkat yang dikawal selia (RSS) hanya diguna pakai kepada sekuriti yang diluluskan dalam senarai RSS, yang ketika ini mengandungi 218 sekuriti.
"Had juga dikenakan untuk mengelakkan aktiviti jualan singkat yang berlebihan," katanya.
Di samping itu, dagangan RSS menghendaki pelabur sama ada meminjam Sekuriti yang Diluluskan untuk dijual singkat atau mempunyai pengesahan untuk meminjam sekuriti yang diluluskan.
RSS mesti dilakukan dalam akaun yang ditentukan di mana pesanan jual mesti dibuat pada harga tawaran terbaik atau lebih tinggi.
SC dan Bursa Malaysia menjalankan pemantauan masa nyata ke atas semua aktiviti dagangan untuk mengesan, menganalisis dan menangani kebimbangan terhadap dagangan dengan segera.
"Rangka kerja yang mantap tersedia bagi memastikan pasaran yang cekap, adil dan teratur.
"Sekiranya diperlukan, SC dan Bursa Malaysia akan mengambil langkah yang diperlukan untuk membendung amalan dagangan yang mengganggu dan menyalah guna pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#suruhanjaya sekuriti
#bilik sembang
#beli atau jual saham
#spekulasi
#khabar angin
#RSS
#Sekuriti yang Diluluskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan