awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/03/2024
04:23 MYT
Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024
Mohd Uzir berkata, peningkatan inflasi sebanyak 2.7 peratus bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia pada Februari 2024 meningkat 1.8 peratus dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan, peningkatan inflasi pada Februari 2024 didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7%); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6%) dan pengangkutan (1.2%).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan 2.7 peratus bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman pada 29.7 peratus.
Ini berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa 1 Februari 2024.
Manakala, peningkatan inflasi Pengangkutan disumbangkan oleh subkumpulan utama Pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang meningkat 1.3 peratus dan Perkhidmatan pengangkutan awam 1.7 peratus.
Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP mencatatkan peningkatan lebih rendah iaitu 1.9 peratus pada Februari 2024.
Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus pada bulan lalu, sementara subkumpulan utama Makanan di luar rumah meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 3.1 peratus yang direkodkan pada Januari 2024.
Beliau memaklumkan, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.7%), Pahang (2.4%), Selangor (2.1%), Perlis (2.0%) dan Sarawak (1.9%).
Topic Berkaitan
#Inflasi
#Mohd Uzir Mahidin
#pelarasan tarif air
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan