awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemaju hartanah rekod peningkatan tempahan kediaman 45 peratus semasa PKP

Bernama
Bernama
27/06/2020
09:05 MYT
Pemaju hartanah rekod peningkatan tempahan kediaman 45 peratus semasa PKP
Tempahan membabitkan nilai berjumlah RM703 juta berbanding RM400 juta pada bulan sebelum PKP. - Gambar hiasan
Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd merekodkan tempahan kediaman yang meningkat sebanyak 45 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula 18 Mac lepas.
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Tian Hock berkata ia membabitkan nilai berjumlah RM703 juta berbanding RM400 juta pada bulan sebelum PKP.
"Walaupun semua pekerja hanya bekerja dari rumah, tetapi usaha mereka untuk meningkatkan jualan melalui media sosial amat memberangsangkan.
"Kita jangan jadikan PKP dan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk tidak boleh bekerja kerana ternyata usaha mereka telah membuahkan hasil apabila berjaya menaikkan jumlah tempahan rumah pada musim PKP," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas program derma darah di sini, hari ini.
Bagi memastikan 2,200 pekerja di tapak pembinaan bebas COVID-19, Lee berkata pihaknya akan menanggung sepenuhnya proses saringan.
Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mengurangkan bayaran cukai tanah dan cukai pintu sebanyak 50 peratus untuk membantu penghuni rumah pangsa dan rumah teres, yang kebanyakannya terjejas ekoran pandemik COVID-19.
"Jika boleh, kerajaan negeri kurangkan bayaran cukai tanah dan cukai pintu sebanyak 50 peratus kepada penghuni rumah pangsa dan rumah teres memandangkan kebanyakan mereka ini golongan M40 dan ke bawah," katanya.
Terdahulu, Lee menyasarkan lebih 200 beg darah akan diperoleh daripada program derma darah yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan ia akan dihantar ke Tabung Darah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Program itu bermula pada 9 pagi hingga 3 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#cukai
#cukai pintu
#cukai tanah
#kediaman
#kerajaan
#koronavirus
#pandemik
#pembelian
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rumah
#Seremban
#tempahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan