awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian pesawat Boeing kukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri penerbangan global - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
22/03/2025
14:00 MYT
Pembelian pesawat Boeing kukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri penerbangan global - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata pembelian ini turut menyokong operasi BCM, yang menghasilkan struktur pesawat Boeing di Malaysia dan mempunyai 1,000 pekerja rakyat Malaysia setakat ini. - Gambar Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah pelaburan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembelian ini turut menyokong operasi Boeing Composites Malaysia (BCM), yang menghasilkan struktur pesawat Boeing di Malaysia dan mempunyai 1,000 pekerja rakyat Malaysia setakat ini.
"Ia selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa serantau menjelang 2030," katanya dalam catatan di laman media sosialnya hari ini.
Pada Jumaat, MAG telah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu secara terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.
Pesanan itu termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.
Pengarah Urusan MAG Group Datuk Kapten Izham Ismail berkata pemilihan 737-8 dan 737-10 mencerminkan penilaian teliti terhadap strategi pertumbuhan jangka panjangnya, memastikan syarikat penerbangan itu mempunyai pesawat yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Aviation Group
#pelaburan
#Boeing
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan