awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahbaikan SST dijangka jana hasil RM51.7 bilion pada 2025 - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
12/11/2024
13:13 MYT
Penambahbaikan SST dijangka jana hasil RM51.7 bilion pada 2025 - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.
"Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan.
"Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas bagi meliputi pembekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai.
Katanya, peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.
"Peluasan SST memberi fokus kepada kenaan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada kenaan SST.
"Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barang dan perkhidmatan asas," katanya.
Menurutnya, peluasan skop kenaan cukai dan semakan semula kadar SST dengan pendekatan secara progresif ini sejajar dengan pengukuhan kedudukan fiskal.
"Sebahagian hasil cukai tambahan daripada langkah penambahbaikan SST akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SST
#jana hasil
#Amir Hamzah Azizan
#Belanjawan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan