awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
09/04/2026
07:44 MYT
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Kedua-dua suspek direman empat hari hingga 12 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi syarikat pegangan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam urus niaga saham mencurigakan, sehingga menyebabkan kerugian dana awam lebih RM300 juta.
Kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an dan 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Mereka direman empat hari hingga 12 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat dalam urus niaga penjualan saham antara tahun 2022 hingga 2023, melibatkan penilaian harga tidak munasabah membabitkan kerugian dana awam melebihi RM300 juta.
"SPRM melalui Bahagian Operasi Khas (BOK) telah melakukan penggeledahan di 13 lokasi sekitar Lembah Klang serta membekukan 62 akaun bank bernilai kira-kira RM450 juta.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, selain turut melibatkan elemen pecah amanah dan pengubahan wang haram," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan BOK, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai kanan
#skandal saham
#dana awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan