awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan pelabur domestik bukti keyakinan semakin tinggi - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
08/12/2023
08:33 MYT
Peningkatan pelabur domestik bukti keyakinan semakin tinggi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata MITI akan memastikan banyak lagi aspek berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) diperbaiki.
KUALA LUMPUR: Peningkatan bilangan pelabur domestik terutama melibatkan syarikat tempatan di Malaysia menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin tinggi berbanding sebelum ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata ini terbukti apabila 45 peratus daripada RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga September bagi tahun ini adalah daripada pelabur domestik.
"Biasanya kita lihat keyakinan sebelum ini tidaklah setinggi yang dapat dilihat sekarang, (ini) kerana limpahan ekonomi itu menunjukkan pelabur yang masuk memberi impak yang positif untuk syarikat-syarikat tempatan," katanya kepada pemberita selepas program 'Ada Apa dengan NIMP 2030 - Maju Industri, Maju Ekonomi Rakyat' bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan keyakinan pelabur domestik untuk melabur di Malaysia menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Tengku Zafrul berkata MITI akan memastikan banyak lagi aspek berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) diperbaiki dan ditambah baik selain pelaburan yang diluluskan dapat direalisasikan secepat mungkin.
Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 6.6 peratus daripada pelaburan RM211 bilion yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata kerajaan akan terus memberi fokus kepada pelaburan berdasarkan visi berbanding tumpuan kepada sektor dalam usaha untuk memacu ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelabur domestik
#Tengku Zafrul
#ekonomi malaysia
#keyakinan pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan