awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki

Bernama
Bernama
12/04/2026
06:09 MYT
Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki
Cik Hisammudin (kanan, baju lokap ungu) bersama Saufi (kiri, seluar lokap oren) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Ahad atas pertuduhan melarikan seorang pemilik kedai emas dalam kejadian di Kampung Palekbang, Tumpat tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian

Bekas pemain bola sepak Kelantan dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung seorang lelaki, tahun lepas.

Cik Hisammudin Hassan, 51, dan Saufi Ariffin, 24, didakwa secara bersama telah melarikan Marzuki Mustapha, 45, secara paksa dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan salah.
Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Palekbang, Tumpat, pada kira-kira 7.20 pagi, 20 Mei 2025.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala Cik Hisammudin diwakili peguam Heather Marie Anthony sementara Saufi tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh memandangkan kes itu adalah serius namun Heather Marie memohon jumlah jaminan minimum diberikan.
Hakim Zulkpli Abdullah kemudian menawarkan jaminan RM12,000 setiap seorang dan menetapkan 18 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kes culik
#bekas pemain bola sepak Kelantan
#kes mahkamah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan