awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenamaan semula Carrefour akan siap April ini

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2013
08:21 MYT
Penjenamaan semula Carrefour akan siap April ini
Usaha penjenamaan semula 26 pasar raya besar AEON Big yang dahulunya dikenali sebagai Carrefour dijangka siap menjelang April ini.
Naib presiden dan ketua pegawai eksekutif perniagaan Asean Aeon, Nagahisa Oyama berkata RM50 juta telah diperuntukan bagi rancangan pengubahsuaian mengekori pengambilalihan itu.
Menurut Nagahisa, kerja-kerja menghias dan penjenamaan semula telahpun bermula dan setakat ini dua pasar raya besar telahpun dijenamakan dan direka semula.
Aeon pada masa sama menjangka membuka tiga hingga empat gedung Aeon Big setiap tahun untuk bersaing dengan peserta sedia ada di dalam industri tersebut.
Carrefour Malaysia pada masa ini mengendalikan 26 pasar raya besar di dalam negara dengan pendapatan bersih tahunan RM1.7 bilion pada 2011.
Ia bagaimanapun mencatatkan kerugian berterusan mencecah RM81 juta pada 2011 daripada RM2.9 juta pada 2010 berikutan peningkatan kos.
Berikutan pengambilalihan oleh Aeon itu, ia telah menggandakan jumlah gedung Aeon Co dan anak syarikat di Malaysia, sekali gus menjadikan Aeon kumpulan runcit kedua terbesar negara.
Topic Berkaitan
#AEON
#Aeon Big
#Carrefour Malaysia
#Nagahisa Oyama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan