awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang Firefly ke Singapura dipindahkan ke Malaysia Airlines susulan penggantungan

Bernama
Bernama
24/11/2018
09:55 MYT
Penumpang Firefly ke Singapura dipindahkan ke Malaysia Airlines susulan penggantungan
Syarikat penerbangan Firefly umum berjaya memindahkan penumpang terjejas ke Malaysia Airlines susulan penggantungan penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Dis ini. -Gambar fail/Facebook
Susulan penggantungan penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Dis ini, syarikat penerbangan Firefly mengumumkan telah berjaya memindahkan penumpangnya yang terjejas ke Malaysia Airlines.
Menurut makluman di laman Facebook anak syarikat kepada Malaysia Airlines itu, penumpang yang terjejas tidak perlu risau kerana ia sedang diusahakan.
"Jika anda tidak menerima itinerari anda, jangan risau kerana ia sedang dihantar," kata Firefly dalam status kemas kini Facebook membabitkan para penumpang Subang-Singapura dan Kuantan-Singapura yang dijadualkan berlepas pada Disember 2018.
Firefly sebelum ini menjelaskan ia terpaksa menggantung penerbangan ke Singapura susulan cadangan pemindahan operasi pesawat berkipas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Lapangan Terbang Seletar.
Menurut Firefly, ia tidak diperuntukkan sebarang garis masa yang muktamad oleh pihak berkuasa mengenai kelewatan pemindahan itu.
Firefly akan menyambung balik penerbangan ke Singapura sebaik sahaja kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan diselesaikan, lapor Bernama.
Pada Julai 2018, Lapangan Terbang Seletar yang diuruskan oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi berkata Firefly akan berpindah ke terminal baharu apabila ia mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
Sekarang ini, Firefly mengendalikan 20 penerbangan harian menggunakan pesawat berkipas membabitkan Subang, Ipoh dan Kuantan di Lapangan Terbang Changi.
Topic Berkaitan
#Firefly
#lapangan terbang antarabangsa changi
#Lapangan Terbang Seletar
#Malaysia Airlines
#MAS
#penerbangan
#penumpang
#pindah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan