awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun

Kenyataan Media
Kenyataan Media
20/01/2021
09:33 MYT
Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Keputusan untuk melanjutkan fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia yang berterusan untuk memastikan mudah tunai adalah mencukupi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelanjutan fleksibiliti bagi institusi perbankan menggunakan MGS dan MGII untuk memenuhi pematuhan SRR sehingga 31 Disember 2022.
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021. Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) kekal tidak berubah pada 2.00%.
Keputusan untuk melanjutkan fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia yang berterusan untuk memastikan mudah tunai adalah mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantaraan kewangan.
Sejak bulan Mac 2020, pengurangan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas dan fleksibiliti untuk menggunakan MGS dan MGII sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR telah menambah kira-kira RM46 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.
SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.
Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) ialah satu-satunya penunjuk yang digunakan untuk memberikan isyarat mengenai pendirian dasar monetari dan diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#institusi perbankan
#bank
#Nisbah Keperluan Rizab Berkanun
#srr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan