awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyedia perkhidmatan internet sedia turun harga - Shabery

Hilal Azmi
Hilal Azmi
02/04/2015
09:19 MYT
Penyedia perkhidmatan internet sedia turun harga - Shabery
SHABERY: Penyedia perkhidmatan internet sedia turun harga. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Syarikat penyedia perkhidmatan internet sedia menurunkan kadar caj perkhidmatan kepada pengguna dalam tempoh sebulan lagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbincangan telah dibuat dan satu keputusan menang-menang akan diputuskan nanti.
"Semua (penyedia perkhidmatan internet) setuju untuk turunkan kadar caj jalur lebar mereka," katanya selepas merasmikan 'Content Malaysia Pitching Centre' di Platinum Sentral, Kuala Lumpur.
Menurutnyanya lagi, kadar yang bakal turun akan melebihi enam peratus dan ia mungkin berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan.
Tambah Shabery, dengan perkembangan teknologi maklumat di era digital, talian internet menjadi penting sebagai medium penyampaian maklumat dan sumber inspirasi dalam merangsang kandungan kreatif negara.
Pitching Centre ini bakal menjadi pusat khas yang bakal memudahkan penerbit kandungan untuk mempersembahkan kandungan mereka dalam usaha mendapatkan dana yang disediakan menerusi agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), FINAS dan juga Radio Televisiyen Malaysia (RTM).
Topic Berkaitan
#FINAS
#Internet
#jalur lebar
#MDEC
#RTM
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan