awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan periklanan dijangka kembali normal selepas catat peningkatan besar semasa PRN

Dagang News
Dagang News
19/10/2023
05:00 MYT
Perbelanjaan periklanan dijangka kembali normal selepas catat peningkatan besar semasa PRN
Kenanga Research mengunjurkan perbelanjaan periklanan (adex) kembali normal selepas meningkat besar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN). -Dagang News
KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengunjurkan perbelanjaan periklanan (adex) kembali normal selepas meningkat besar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menjangkakan perayaan utama (iaitu Deepavali, Krismas dan malam Tahun Baru) akan memberikan lonjakan bermusim kepada hasil pengiklanan pada suku keempat 2023.
Mereka juga menjangkakan adex keseluruhan terkesan dalam tempoh terdekat kerana perniagaan mengetatkan belanjawan pemasaran kerana berlaku penurunan jualan.
"Ia sepadan dengan penurunan Indeks Keadaan Perniagaan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) kepada 82.4 pada suku kedua tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Kenanga Research berkata, seperti suku tahun sebelum ini, penurunan adex adalah disebabkan penurunan dalam segmen akhbar sebanyak 17% sebahagian besarnya oleh Harian Metro (-45%), Sin Chew (-27%) dan Star (-13%).
Bagaimanapun, laman web akhbar digital tidak dapat menangkap bahagian pasaran yang hilang seperti yang terbukti daripada bahagian dominan youtube.com (80%) daripada adex digital pada suku ketiga 2023.
Pada masa ini, satu-satunya portal akhbar dalam talian yang berada di antara 10 penerbit digital terbaik di Malaysia ialah thestar.com.my dengan 1% bahagian daripada jumlah adex digital.
"Media digital dijangka mengekalkan pengembangan bahagian pasaran yang stabil kepada 22.1% pada suku ketiga 2023," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor itu memandangkan syarikat media kini mempunyai struktur kos yang lebih cekap berikutan inisiatif penstrukturan semula dan kos efektif dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#pilihan raya negeri
#perbelanjaan periklanan
#Kenanga Research
#firma penyelidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan