awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
11:23 MYT
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
Jawatan pengerusi kini dipangku oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dolce & Gabbana, Alfonso Dolce, yang juga saudara kepada rakan pengasas jenama berkenaan, Domenico Dolce. -Gambar fail
Pengasas bersama jenama fesyen mewah Itali, Dolce & Gabbana, Stefano Gabbana dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat itu susulan penstrukturan semula tadbir urus korporat.
Peletakan jawatan Gabbana, 63, sebenarnya telah berkuat kuasa sejak Disember lalu, namun perkara itu hanya didedahkan menerusi dokumen korporat yang difailkan kepada umum pada Jumaat.
Jawatan pengerusi kini dipangku oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dolce & Gabbana, Alfonso Dolce, yang juga saudara kepada rakan pengasas jenama berkenaan, Domenico Dolce.
Bagaimanapun, penstrukturan semula tersebut dilaporkan tidak menjejaskan peranan kreatif Stefano Gabbana, memandangkan beliau akan terus menerajui hala tuju rekaan jenama itu bersama Domenico.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyifatkan peralihan kepimpinan berkenaan sebagai sebahagian daripada proses evolusi semula jadi bagi memperkukuh pengurusan profesional firma tersebut di peringkat global.
Langkah itu turut diambil ketika Dolce & Gabbana dilaporkan sedang berunding untuk menstruktur semula hutang syarikat yang dianggarkan berjumlah sekitar 450 juta euro (kira-kira RM2.14 bilion) dengan pihak perbankan.
Selain itu, terdapat spekulasi bahawa Stefano Gabbana sedang mempertimbangkan beberapa pilihan strategik berkaitan 40 peratus pegangan saham miliknya dalam syarikat yang diasaskannya bersama Domenico Dolce pada 1985.
Penstrukturan itu berlaku ketika industri barangan mewah global berdepan cabaran kelembapan ekonomi serta perubahan corak perbelanjaan pengguna di pasaran utama dunia.
Topic Berkaitan
#Dolce & Gabbana
#Stefano Gabbana
#fesyen mewah
#Industri fesyen
#tadbir urus korporat
#penstrukturan semula
#jenama Itali
#ekonomi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan