awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri

Bernama
Bernama
10/04/2026
12:52 MYT
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Tunku Mahkota Ismail turut menekankan kepentingan sistem pendidikan negeri, selain keperluan memperkukuh dialog terbuka antara kerajaan negeri dan Persekutuan mengenai cukai pendapatan negeri. - Foto Instagram @theroyaljohor
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menegaskan komitmen berterusan baginda dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, selaras dengan prinsip pembangunan Johor yang inklusif.
Menurut satu hantaran di Instagram The Royal Johor, baginda memaklumkan akan sentiasa memantau serta mengingatkan kerajaan agar kekal komited dalam melaksanakan misi pembangunan negeri.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Johor atas komitmen berterusan dalam memacu pembangunan negeri melalui dasar dan polisi yang tegas, di samping meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.
Selain itu, baginda pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Johor dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan serta pembangunan infrastruktur.
“Perjuangan ini harus diteruskan kerana ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab dalam memastikan kedaulatan negeri serta kebajikan rakyat Bangsa Johor terus terpelihara," titah baginda pada Titah Diraja bersempena Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat di Istana Besar, Johor Bahru, semalam (9 April).
Majlis adalah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor.
Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail turut menekankan kepentingan sistem pendidikan negeri, selain keperluan memperkukuh dialog terbuka antara kerajaan negeri dan Persekutuan mengenai cukai pendapatan negeri.
“Ini bertujuan bagi Johor memperkukuh keupayaan pentadbiran negeri dalam membantu rakyat,” titah baginda.
Baginda turut menyeru Bangsa Johor agar terus bersatu padu, saling menghormati serta memelihara keharmonian dengan berpegang kepada prinsip “muafakat itu berkat” demi kestabilan dan kemakmuran negeri Johor.
Topic Berkaitan
#TMJ
#tunku mahkota ismail
#Johor
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan