awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos

Bernama
Bernama
10/04/2026
13:20 MYT
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Pada 6 petang semalam, seorang tahanan reman dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, meloloskan diri daripada kawalan polis sejurus selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam. - Foto Facebook Polis Daerah Sungai Buloh
Orang awam diingatkan supaya tidak melindungi atau bersubahat menyembunyikan orang kena tuduh (OKT) warga Pakistan yang lolos dari Penjara Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan terhadap mana-mana individu yang didapati membantu OKT berkenaan.
Beliau berkata kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda.
“Tahanan reman itu meloloskan diri semasa turun dari kenderaan polis sebaik tiba di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh.
“Proses menghantar tahanan reman ke penjara itu dilakukan oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah Alam. Sejurus menerima laporan berkenaan, pihak polis telah mempergiatkan usaha mengesan banduan itu di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 6 petang semalam, seorang tahanan reman dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, meloloskan diri daripada kawalan polis sejurus selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.
Lelaki itu yang kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan seluar panjang hitam, ditahan bagi perbicaraan berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak dan kesalahan imigresen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#okt
#Lolos
#warga Pakistan
#Penjara Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan