awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdagangan Februari meningkat 11.6 peratus - MITI

Najib Aroff
Najib Aroff
03/04/2020
06:35 MYT
Perdagangan Februari meningkat 11.6 peratus - MITI
Pada Februari 2020, eksport barangan perkilangan mencatatkan kenaikan 13.1 peratus kepada RM63.12 bilion. - Gambar hiasan
Perdagangan Malaysia pada Februari 2020 mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.6 peratus kepada RM136.28 bilion.
Peningkatan perdagangan direkodkan dengan Amerika Syarikat (AS), Singapura, Korea Selatan, China dan Taiwan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini.
Eksport merekodkan peningkatan ketara sebanyak 11.8 peratus kepada RM74.45 bilion, berbanding penurunan 1.5 peratus pada Januari 2020.
Ini merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi bagi tempoh 16 bulan.
Manakala import berkembang 11.3 peratus kepada RM61.83 bilion.
Pada Februari 2020, eksport barangan perkilangan mencatatkan kenaikan 13.1 peratus kepada RM63.12 bilion.
Penyumbang utama kepada peningkatan eksport adalah barangan besi dan keluli, barangan optik dan saintifik, keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan kayu serta barangan makanan diproses.
Sementara itu, berhubung prestasi perdagangan dengan pasaran utama pula, jumlah perdagangan dengan ASEAN pada Februari 2020 berkembang 10 peratus tahun ke tahun kepada RM36.17 bilion.
Ia merangkumi 26.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Eksport ke ASEAN bernilai RM21.47 bilion, melonjak 14.6 peratus, manakala import dari ASEAN bertambah 3.9 peratus kepada RM14.7 bilion.
Topic Berkaitan
#eksport
#import
#kilang
#MITI
#perdagangan
#pertumbuhan dua digit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan