awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/06/2024
06:15 MYT
Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI telah menerima laporan tersebut justeru, perincian itu akan dilakukannya bersama pasukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perincian kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) akan diperjelaskan hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerima laporan tersebut justeru, perincian itu akan dilakukannya bersama pasukan.
"Saya akan berbincang dengan pasukan dan semua yang terlibat. Petang ini saya akan memperincikannya.
"Kita baru mendapat laporan itu dan memahami sedikit sebanyak mengenai isu yang melibatkan perdagangan dari segi perdagangan global, dan pada sama kita lihat juga isu (lain)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penyertaan Malaysia bagi Ekspo Dunia 2025 di sini, pada Khamis.
Kedudukan Malaysia turun tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.
Malaysia juga turun empat anak tangga ke kedudukan 10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking itu, menurut sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland itu.
Sementara itu, Malaysia akan menyertai Ekspo Dunia 2025 di Pulau Yumeshima, Osaka, Jepun yang akan diadakan mulai 13 April hingga 13 Okt, 2025.
Sebanyak 161 negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ranking Malaysia
#anking Daya Saing Dunia
#MITI
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan