awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan diimport akan dikenakan cukai perkhidmatan mulai 2019

Bernama
Bernama
02/11/2018
10:03 MYT
Perkhidmatan diimport akan dikenakan cukai perkhidmatan mulai 2019
Keputusan itu adalah untuk memastikan supaya penyedia perkhidmatan tempatan seperti perkhidmatan arkitek, reka bentuk grafik, teknologi maklumat dan reka bentuk kejuruteraan mendapat persaingan yang adil.
Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan mulai 1 Januari, 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Keputusan itu adalah untuk memastikan supaya penyedia perkhidmatan tempatan seperti perkhidmatan arkitek, reka bentuk grafik, teknologi maklumat dan reka bentuk kejuruteraan mendapat persaingan yang adil, katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Lim berkata, bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing dikehendaki untuk berdaftar dengan Kastam DiRaja Malaysia.
Kerajaan akan mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan berkaitan, termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital, berkuatkuasa 1 Januari 2020.
"Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#cukai perkhidmatan
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#perkhidmatan arkitek
#perkhidmatan diimport
#reka bentuk grafik
#Teknologi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan