awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas hormati keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir

Bernama
Bernama
11/03/2016
14:30 MYT
Petronas hormati keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir
Menurut Petronas, pelantikan penasihatnya adalah hak kerajaan Malaysia dan Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu. - Gambar fail
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghormati sebarang keputusan kerajaan mengenai kedudukan penasihat syarikat minyak nasional itu.
"Pelantikan penasihat Petronas adalah hak kerajaan Malaysia. Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.
Kabinet hari ini sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan Dr Mahatir tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini membincangkan beberapa tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama beberapa pemimpin parti pembangkang minggu lepas.
BACA: Kerajaan tamatkan perlantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas
Dr Mahathir dilantik penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003. Beliau kekal sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dilantik pada Jun 2014.
Topic Berkaitan
#Kerajaan tamatkan perlantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas
#Petronas hormati keputusan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan