awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PETROS fail permohonan isytihar tuntutan jaminan bank Petronas tidak sah

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2025
09:58 MYT
PETROS fail permohonan isytihar tuntutan jaminan bank Petronas tidak sah
Untuk rekod, pertikaian ini timbul berikutan tuntutan RM7.95 juta melalui jaminan bank yang didakwa telah dituntut secara tidak sah oleh Petronas. - Gambar fail
KUCHING: PETROS memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengisytiharkan tuntutan Petronas ke atas jaminan bank yang dikeluarkan oleh Maybank Islamic Berhad sebagai tidak sah.
Permohonan itu bertujuan menghentikan Petronas daripada menguatkuasakan jaminan bank tersebut yang menurut PETROS, bercanggah dengan Kontrak Asas Perjanjian Jual Beli Gas (SGSA) yang ditandatangani pada 30 Disember 2019, selain melanggar Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016.
Isu utama yang dibangkitkan adalah prinsip “unconscionability,” iaitu kuasa mahkamah untuk menghalang tindakan yang dianggap menindas atau tidak wajar.
PETROS memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan bidang kuasanya untuk mengisytiharkan tuntutan Petronas itu tidak sah, terbatal, dan tidak mempunyai sebarang implikasi undang-undang.
Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan prosiding antara PETROS dan Petronas diteruskan pada 25 Ogos depan.
Untuk rekod, pertikaian ini timbul berikutan tuntutan RM7.95 juta melalui jaminan bank yang didakwa telah dituntut secara tidak sah oleh Petronas.
PETROS menyifatkan tuntutan bayaran tersebut sebagai “tidak berperikemanusiaan” dan “menyalahi undang-undang,” serta memohon perintah mahkamah untuk menghalang Petronas daripada menggunakan dana tersebut.
Topic Berkaitan
#Petros
#Petronas
#Maybank Islamic Berhad
#Kontrak Asas Perjanjian Jual Beli Gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan