awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petros jadi operator sistem pengagihan gas asli di Miri dan Bintulu

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2020
07:57 MYT
Petros jadi operator sistem pengagihan gas asli di Miri dan Bintulu
Kerajaan Sarawak pada masa sama mengalu-alukan penglibatan Petronas dalam mengukuhkan sektor minyak dan gas Sarawak berdasarkan situasi menang menang. - FOTO: linkedin.com/ Petros
Petroleum Sarawak Berhad (Petros) kini mengawal sepenuhnya perniagaan gas domestik di Sarawak berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Ia susulan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan pengurusan gas domestik di negeri ini.
Menerusi MOU ini, Petros akan jadi entiti tunggal yang membekal, menjual dan menghantar gas domestik ke kediaman, premis perniagaan dan industri di Sarawak dan ini sekali gus merealisasikan objektif Ordinan Pengedaran Gas 2016.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ia bermakna Petronas kini sudah menunjukkan ke arah mematuhi ordinan tempatan.
“Dengan ini, Sarawak kini dalam posisi yang kuat bagi meningkatkan daya tarik negeri sebagai lokasi tumpuan pelaburan seterusnya meningkatkan pembangunan ekonomi negeri bagi mengejar aspirasi sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,” kata Awang Tengah.
MOU ditandatangani Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management Mohamed Firouz Asnan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Saau Kakok.
Ia turut disaksikan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Petros Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.
Kerajaan Sarawak pada masa sama mengalu-alukan penglibatan Petronas dalam mengukuhkan sektor minyak dan gas Sarawak berdasarkan situasi menang menang.
Namun ia mestilah berlandaskan peraturan yang diperuntukkan undang-undang Sarawak.
“Ada pepatah berbunyi apabila di Rom, bertindak seperti orang Rom. Kini anda berada di Sarawak, nasihat saya ikutlah undang-undang tempatan Sarawak.”
Untuk rekod, Sarawak memiliki 54 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab gas nasional selain 29 peratus rizab minyak negara.
Bagaimanapun kebanyakan sumber minyak dan gas Sarawak dieksport sebagai minyak mentah dan gas asli cecair (LNG).
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#Gas Sarawak
#Objektif Ordinan Pengedaran Gas Negeri 2016
#Petronas
#Petros
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan