awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi

Reuters
Reuters
13/04/2026
09:59 MYT
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati mereka menggunakan modus operandi mengumpulkan diesel bersubsidi yang diperuntukkan kepada nelayan daripada beberapa bot sebelum memindahkannya ke bot lebih besar. - KPDN Kelantan
Empat lelaki ditahan disyaki cuba menyeleweng diesel bersubsidi dengan menggunakan taktik pembelian diesel sebagai bekalan untuk nelayan di Pengkalan Jeti Nelayan, Kampung Genting di sini semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Aswadi Jaafar berkata kesemuanya yang berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kira-kira 4.50 petang menerusi Ops Tiris 4.0.
“Hasil penahanan mereka, pasukan operasi merampas kira-kira 3,300 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM22,000 hasil kerjasama dengan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor.
"Keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM722,176 termasuk penyitaan empat bot nelayan pelbagai kelas yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya pada sidang media di jeti Kampung Nelayan Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka menggunakan modus operandi mengumpulkan diesel bersubsidi yang diperuntukkan kepada nelayan daripada beberapa bot sebelum memindahkannya ke bot lebih besar.
"Kegiatan berkenaan dilakukan menggunakan pam, hos serta tangki tambahan yang diubah suai, selain menyembunyikan bahan api itu dalam ruang simpanan ikan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Diesel yang dikumpulkan kemudian dipindahkan ke bot bersaiz lebih besar sebelum diseludup ke negara jiran melalui laluan laut, manakala sebahagian lagi dipercayai dijual kepada pengusaha kapal besar," katanya.
Aswadi berkata kesemua lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala pihaknya juga akan menyiasat sama ada nelayan telah menjual minyak diesel bersubsidi kepada penyeludup pada harga lebih murah berbanding ditetapkan di stesen minyak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#diesel
#bot nelayan
#ops tiris 4.0
#Pengkalan Kubor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan