awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib tinjau operasi penyediaan Bajet 2017

Bernama
Bernama
20/10/2016
15:34 MYT
PM Najib tinjau operasi penyediaan Bajet 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani 'Kertas Kabinet' pada persiapan akhir Bajet 2017 di Bangunan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meninjau operasi penyediaan Bajet 2017 di Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan di sini, malam ini.
Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di perkarangan Kompleks Kementerian Kewangan pada pukul 8 malam disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan bajet.
Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Lee Chee Leong dan Datuk Othman Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Najib kemudiannya dibawa meninjau bilik-bilik operasi bajet.
Perdana Menteri dijadual membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bermula 4 petang esok.
Dalam kenyataan diterbitkan dalam laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, Najib berkata Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.
Beliau berkata intipati dalam bajet itu, akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.
Najib turut menyangkal andaian daripada beberapa pengulas bahawa bajet tahun ini akan menjadi bajet 'Pilihan Raya Umum'.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini, Najib berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017. - Bernama
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#Menteri Kewangan
#Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan