awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
16/01/2020
09:13 MYT
PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan
Jalil Rasheed memulakan tugas sebagai Presiden PNB baharu pada 1 Oktober 2019. - Foto PNB
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baharu termasuk pelantikan Ketua Perbendaharaan Kumpulan PNB yang menjadi tumpuan.
"Bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh organisasi dan memperkukuhkan tahap prestasi, PNB telah memperkemaskan struktur organisasi bagi mencerminkan fungsi asas unit perniagaannya dalam usaha mencontohi amalan syarikat pengurus aset global terkemuka," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, kepimpinan PNB kini diterajui 16 pengurusan kanan yang masing-masing mengetuai fungsi teras perniagaan PNB seperti berikut:-
1. Encik Jalil Rasheed, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan 2. Dato’ Mohd Nizam Zainordin, Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan 3. Puan Hanizan Hood, Ketua Pegawai Pelaburan, Pasaran Awam 4. Encik Rick Ramli, Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah 5. Encik Mohammad Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, ASNB 6. Encik Mohamad Idros Mosin, Ketua Pelaburan Strategik Kumpulan 7. Encik Mohd Irwan Ahmad Mustafa @ Mustafa, Ketua Pasaran Persendirian Kumpulan 8. Encik Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Strategi 9. Encik Hafizuddin Sulaiman, Ketua Perbendaharaan Kumpulan 10. Puan Adibah Khairiah Ismail @ Daud, Ketua Setiausaha Syarikat & Undang-Undang Kumpulan 11. Encik Aziz Anuar, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan 12. Encik Muzzaffar Othman, Ketua Pegawai Teknologi 13. Puan Aida Md Daud, Ketua Modal Insan Kumpulan 14. Puan Suzana Ahmad, Ketua Pegawai Risiko 15. Cik Fairuz Suzana Hj. Kamaruddin, Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan 16. Encik Noramly Bachok @ Abdul Aziz, Ketua, Asurans Dalaman 17. Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua, Pengurusan Syariah
Baca: Jalil Rasheed Mulakan Tugas Presiden PNB Baharu Mulai 1 Oktober 2019
Menyertai barisan kepimpinan PNB ialah Hafizuddin Sulaiman bagi mengetuai bahagian Perbendaharaan yang baharu diwujudkan.
Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan modal dan kecairan bagi keseluruhan perniagaan, termasuk penjanaan dana dan pengurusan liabiliti.
Fungsi baharu ini diwujudkan selari dengan strategi kepelbagaian portfolio PNB, termasuk usaha untuk meningkatkan pendedahan pelaburan global.
Hafizuddin memiliki pengalaman luas dalam penjanaan dana dan pelaporan kewangan semasa berkhidmat di Khazanah Nasional Berhad dan Ernst & Young Kuala Lumpur.
“Dengan matlamat memperkukuhkan keupayaan PNB untuk terus memberi pulangan mampan kepada pemegang unit, perubahan ini akan membantu kami menguatkuasakan cara kerja yang lebih kolaboratif di seluruh organisasi, sekaligus membolehkan kami untuk membuat keputusan dengan lebih efektif tanpa menjejaskan aspek tadbir urus,” jelas Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Topic Berkaitan
#hanizan hood
#integriti
#jalil rasheed
#Khazanah
#Kuala Lumpur
#nizam zainordin
#operasi
#pelaburan
#PNB
#presiden
#rick ramli
#syariah
#undang-undang
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan