awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PUNB nafi tuduhan disebarkan dalam e-mel layang

Bernama
Bernama
20/04/2018
09:28 MYT
PUNB nafi tuduhan disebarkan dalam e-mel layang
Dalam satu kenyataan menafikan fitnah berkenaan, Azhar berkata tiada apa yang dilemparkan dalam e-mel tersebut adalah benar atau berasas. - Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Datuk Azhar Ahmad hari ini menafikan e-mel fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh beliau tidak menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membantu orang Melayu menjalankan perniagaan.
Menurutnya, e-mel itu turut memfitnah beliau melambatkan permohonan pembiayaan usahawan sehingga menyebabkan gulung tikar kerana ketiadaan bantuan pembiayaan.
Dalam satu kenyataan menafikan fitnah berkenaan, Azhar berkata tiada apa yang dilemparkan dalam e-mel tersebut adalah benar atau berasas.
"Ini (fitnah) adalah tindakan untuk menjatuhkan kredibiliti saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan menjatuhkan imej syarikat secara amnya," katanya, sambil menambah satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.
Pada 17 April, satu e-mel layang menggunakan nama samaran dihantar kepada barisan kepimpinan negara, pegawai kerajaan, Bank Negara Malaysia, pengarah-pengarah PUNB dan beberapa kakitangan PUNB, yang mengandungi beberapa tuduhan terhadap Azhar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#Azhar Ahmad
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#fitnah
#kerajaan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan