awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat beli belah eCURVE akan dibangunkan semula

Bernama
Bernama
02/03/2021
13:52 MYT
Pusat beli belah eCURVE akan dibangunkan semula
Pelan pembangunan semula itu tidak melibatkan pusat beli belah utamanya, iaitu the Curve, yang akan beroperasi seperti biasa. - KL Foodie
KUALA LUMPUR: Selepas 14 tahun beroperasi, pusat beli belah eCurve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, akan menjalani proses pembangunan semula untuk mengembangkannya, memberikan wajah baharu dan bangkit kembali dengan kukuh.
Boustead Properties Bhd (BPB), yang mengendalikan pusat beli belah tersebut menerusi anak syarikat Damansara Entertainment Centre Sdn Bhd, berkata pembangunan semula itu adalah selaras dengan hasrat kumpulan tersebut untuk 'Pembaharuan Semula Boustead'.
Syarikat itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata berkata langkah tersebut tepat pada masanya dan akan menyaksikan eCurve menyesuaikan dengan gaya hidup, teknologi dan masyarakat yang berubah.
"Menerusi pemulihan bandar, kami membayangkan peningkatan daya hidup di sekitar Mutiara Damansara, dengan komuniti dan ekosistem yang berkembang maju yang akan dirasai di bawah pembangunan semula itu," kata BPB, iaitu pemaju utama perbandaran Mutiara Damansara.
Bagaimanapun, pelan pembangunan semula itu tidak melibatkan pusat beli belah utamanya, iaitu the Curve, yang akan beroperasi seperti biasa, katanya.
Kedai-kedai di eCurve terus dibuka sehingga akhir Mac 2021, kata BPB.
"BPB telah mengambil langkah proaktif mengadakan perbincangan bersama penyewa sedia ada dan memindahkan penyewa terpilih ke the Curve," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petaling Jaya
#eCurve
#pembangunan semula
#pusat beli belah
#dibangunkan semula
#Mutiara Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan