awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis

Eton Khir
Eton Khir
23/11/2021
01:15 MYT
Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis
MOHD YUSOF: Kini sudah tiba masanya untuk kita melihat potensi-potensi industri yang boleh dibangunkan di lokaliti dan daerah negeri-negeri yang mana boleh menjadi pemacu kepada pertumbuhan negeri berkenaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Strategi pertumbuhan dan pendapatan antara negeri perlu diutamakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), bagi meletakkan semula hala tuju pembangunan negara ke landasan yang tepat, serta menyiapsiagakan Malaysia bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan tahun 2025.
Menurut Penganalisis ekonomi Prof Madya Mohd Yusof Saari, dalam tempoh lima tahun ini, perkara penting dalam usaha merapatkan jurang pendapatan dan jurang negeri adalah mengutamakan kepada pembangunan luar bandar.
Tambahnya, potensi pembangunan negeri khususnya di luar bandar harus dimaksimumkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf ekonomi di Malaysia.
"Sudah tiba masanya kita melaksanakan bottom-up approach. Maksudnya pelaburan, pemusatan industri dan kedudukan industri lebih ke arah daripada hanya di Wilayah Persekutuan.
"Kini sudah tiba masanya untuk kita melihat potensi-potensi industri yang boleh dibangunkan di lokaliti dan daerah negeri-negeri yang mana boleh menjadi pemacu kepada pertumbuhan negeri berkenaan.
"Di dalam ekonomi, setiap ruang di negeri dan lokaliti itu adalah unik dan berbeza-beza di mana ia tidak sama antara negeri-negeri lain.
"Contohnya, di Melaka lebih sesuai dengan pelancongan, manakala di Pahang mungkin lebih bersifat pembuatan atau pertanian boleh dimajukan di sana," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Pada masa sama, Mohd Yusof berkata kerajaan juga harus mengutamakan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) kerana pembangunan (PKS) perlu seiring dengan pembangunan negeri.
Topic Berkaitan
#PKS
#Strategi pertumbuhan dan pendapatan antara negeri
#RMK-12
#Mohd Yusof Saari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan