awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran

Bernama
Bernama
10/02/2026
23:29 MYT
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kulasegaran pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 9 Feb 2026. - Gambar fail/BERNAMA
Prinsip kedaulatan undang-undang terpakai kepada semua individu tanpa pengecualian termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan terbaharu berhubung isu pemilikan saham melibatkan Tan Sri Azam Baki.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengesahkan dakwaan laporan media antarabangsa itu sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.
Beliau berkata kedudukan undang-undang di Malaysia adalah jelas dan tidak memberi perlindungan khas kepada mana-mana pihak termasuk kepimpinan agensi penguatkuasaan.
"Kita perlu faham, tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang di Malaysia. Ini termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat semalam.
Isu berkenaan dibangkitkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang meminta penjelasan kerajaan mengenai laporan Bloomberg semalam berhubung pemilikan saham oleh Azam yang didakwa mencecah jutaan unit dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#M Kulasegaran
#Azam Baki
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan