awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB: Salcon mampu peroleh lebih banyak kontrak

Bernama
Bernama
04/11/2013
05:07 MYT
RHB: Salcon mampu peroleh lebih banyak kontrak
RHB Research percaya firma kejuruteraan air dan air kumbahan, Salcon Bhd, mempunyai peluang baik untuk memperoleh lebih banyak kontrak berkaitan air. Ia berkata Salcon, yang projek dalam tangan kini berjumlah RM2.25 bilion, membida projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 bersama-sama MMC Corporation Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd. Turut dalam perancangan ialah loji rawatan air projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, dengan pihak pengurusannya menubuhkan syarikat usaha sama 50:50 dengan George Kent (M) Bhd untuk mengemukakan pembidaan bersama. Selain itu, berdasarkan maklumat sumber-sumber kami, Salcon juga sedang berusaha untuk menyertai tender pengurusan sisa pepejal serta sisa industri di RAPID Pengerang. "Kontrak ini sahaja mungkin bernilai kira-kira RM400 juta hingga RM500 juta," kata RHB Research dalam notanya hari ini. Firma penyelidikan itu menetapkan nilai saksama sebanyak 80 sen bagi Salcon dengan saranan 'tidak diberikan penarafan' ke atas saham syarikat itu.
Topic Berkaitan
#air kumbahan
#berkaitan air.
#kejuruteraan
#kontrak
#peluang baik
#RHB Research
#Salcon Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan