awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
15/03/2022
04:00 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2055/2090 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS selepas data ekonomi terkini yang kukuh dalam persekitaran tekanan inflasi yang semakin meningkat menunjukkan Fed dijangka akan memansuhkan akomodasi dasar monetari secara berperingkat.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2055/2090 berbanding dolar AS daripada 4.2050/2075 pada Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun telah melepasi paras 2.0 peratus dan kini berada pada 2.13 peratus.
"Ini berikutan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan membincangkan keputusan mereka pada 16 Mac, apabila kenaikan 25 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan (FFR) hampir tidak dapat dielakkan.
"Perkembangan ini akan memberi sokongan kepada dolar AS dan akan menyebabkan mata wang lain merosot," katanya kepada Bernama.
Selain itu, situasi tidak menentu yang menyelubungi konflik ketenteraan Rusia-Ukraine memberikan insentif yang tepat kepada pelabur untuk menyimpan aset dalam bentuk tunai.
"Kami menjangka ringgit akan kekal dalam lingkungan RM4.20. Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent yang tinggi boleh mengehadkan tahap kelemahan ringgit berikutan ia boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara," kata Mohd Afzanizam.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.5577/5609 daripada 3.5666/5690 pada Isnin dan naik berbanding pound kepada 5.4714/4759 daripada 5.4846/4878.
Unit tempatan meningkat kepada 4.6054/6093 berbanding euro daripada 4.6184/621 sebelum ini dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.07679/0797 daripada 3.0815/0838 pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan