awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga

Bernama
Bernama
10/02/2023
02:20 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Nilai ringgit terus turun dan diniagakan rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus turun dan diniagakan rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.
Menurut seorang penganalisis, ini adalah disebabkan oleh langkah pelabur untuk beralih mendapatkan mata wang selamat selepas Amerika Syarikat memberi komitmen untuk menurunkan inflasi dalam apa jua cara pun.
Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan berada pada nilai 4.3230/3265 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3140/3185.
Dalam nota kepada Bernama, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kenyataan terkini pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell bahawa usaha memerangi inflasi mungkin lebih lama daripada jangkaan boleh menyebabkan kadar faedah AS yang lebih tinggi sepanjang 2023.
"Dalam persekitaran kadar faedah yang kian meningkat, pelabur cenderung mendapatkan aset selamat yang memberikan hasil seperti bon AS," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2617/2648 daripada penutup Khamis pada 3.2627/2664 dan mengukuh berbanding yen Jepun untuk mencapai paras 3.2847/2879 daripada 3.2967/3006 semalam.
Ringgit turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2369/2411 daripada 5.2381/2435 sebelum ini dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6416/6454 daripada 4.6432/6480 pada Khamis. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#pelabur
#ActivTrades
#Dyogenes Rodrigues Diniz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan