awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
30/08/2022
02:40 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4885/4915 sewaktu ditutup semalam. -Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kewujudan semula minat belian walaupun unit negara maju itu terus mengukuh, kata peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4885/4915 sewaktu ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata ketika ini dolar AS mencatatkan sentimen kukuh susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell yang menegaskan kadar faedah bagi dolar AS akan kekal meningkat untuk tempoh yang belum dapat dikenal pasti.
"Dari sudut pandangan teknikal, dolar AS berada pada paras tinggi sepanjang masa berbanding ringgit dan memandangkan pergerakan meningkat sejak beberapa bulan lepas, USD/MYR dijangka tidak mungkin melepasi paras 4.50," katanya.
Dalam negara, Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna Malaysia yang dikeluarkan semalam menunjukkan inflasi di negara ini adalah seiring dengan jangkaan pelabur pada 4.4 peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2125/2151 daripada 3.2100/2126 sewaktu ditutup semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.2518/2553 daripada 5.2439/2474 dan turun berbanding euro kepada 4.4843/4873 daripada 4.4705/4735 semalam.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2359/2385 daripada 3.2385/2409 pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan