awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas keputusan Fed mengenai kadar faedah

Bernama
Bernama
02/02/2024
03:21 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas keputusan Fed mengenai kadar faedah
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 5.5 peratus.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.
Pasaran ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata menilainya dari perspektif teknikal, gandingan mata wang USD/MYR mencapai paras rintangan yang signifikan pada carta harian, khususnya pada 4.7300.
"Indeks Kekukuhan Relatif (RSI) baru-baru ini melepasi ambang 70, menunjukkan pembeli mungkin tidak bersemangat selepas trend meningkat yang diperhatikan sejak beberapa hari lepas.
"Sekiranya harga berjaya menembusi di bawah 4.7200, terdapat kemungkinan bahawa dolar AS boleh merosot kepada sekitar 4.6500 dalam tempoh beberapa hari," katanya.
Beliau berkata pelabur juga dijangka memantau rapi pengeluaran data pembayaran gaji bukan ladang AS memandangkan data pekerjaan berperanan penting untuk menentukan keputusan dasar monetari Fed.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2319/2350 daripada 3.2021/2057 semasa ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 6.0268/0325 daripada 5.9935/9999 sebelum ini, dan menyusut berbanding euro kepada 5.1408/1456 daripada 5.1198/1252 sebelum ini.
Malah, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5371/5407 daripada 3.5302/5342 semasa ditutup pada Rabu dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.3726/3913 daripada 13.3321/3511 sebelum ini.
Ia rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 berbanding 299.6/300.2 pada Rabu dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.40/8.41 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Rizab Persekutuan AS
#Hari Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan